Skip to main content

BAGAIMANA KE MERU HOMESTAY DARI BANDAR KLANG



Assalamualaikum,



     Di page ini kami akan menampilkan beberapa gambar sebagai panduan kepada tetamu/guest untuk ke tempat kami.  Kami menyedari ia menjadi suatu kesulitan terutamanya yang datang dari luar kawasan Klang itu sendiri.  Kami akan mengemaskini lagi page ini dengan gambar-gambar tambahan dari masa ke semasa sebagai panduan tuan/puan.  Dari Pasaraya Tesco/Giant, anda perlu bergerak sejauh 4.5 ke 5 km lagi sehingga sampai di lampu isyarat ketiga.



     Dua gambar di atas adalah lokasi jalan setelah melepasi Stesyen Minyak Petronas yang berada di sebelah kiri.  Jelas kelihatan di depan terdapat simpang berlampu isyarat.  Di kanannya pula kelihatan bangunan-bangunan kedai yang berkubah.




     Gambar di atas pula menunjukkan jalan utama iaitu Jalan Meru Tambahan untuk ke MIH setelah anda melepasi simpang berlampu isyarat tadi.  Dari simpang lampu isyarat ini, anda perlu bergerak sekitar dua(2) kilometer lagi untuk sampai ke Homestay Meru.   Sebelah kiri adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, manakala di depannya kelihatan jejambat yang digunakan terutamanya oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Meru yang terletak selepas jejambat tersebut.  Di sebelah kanan jejambat kelihatan bangunan-bangunan kedai.  Yang berwarna merah ialah Pasaraya MU yang menjual berbagai jenis pakaian.  Di deretan kedai yang sama juga ada Pasaraya Karnival.  Ia merupakan kawasan baru untuk membeli belah dan banyak kedai di situ sedang dinaiktaraf. 
 

     Jika anda was-was samada anda berada di persimpangan lampu isyarat yang betul atau tidak, anda boleh menoleh kekiri untuk mengesahkannya.  Anda akan nampak kubah dan menara Masjid As Syarif Pekan Meru yang berwarna kuning keemasan. 



     Setelah dua(2) kilometer anda bergerak dari simpang tadi, anda boleh lihat jambatan sempit yang berpapan tanda berjalur merah dan putih di kedua-dua bahu jalan.  Anda sudah boleh memberi lampu isyarat ke kiri.  Pastikan terlebih dahulu tiada kereta yang hendak keluar dari simpang selepas sahaja jambatan tersebut.



     Selepas sahaja jambatan, anda boleh lihat rumpunan buluh & papan tanda Inani Craft.  Meru Homestay terletak di lorong yang menunjukkan arah ke Inani Craft.  Di situ juga terdapat Warung Buluh  sebagai tanda masuk ke lorong ini.  Homestay Meru berada di hujung lorong ini.

Comments

Popular posts from this blog

INFO HOMESTAY MERU

Homestay Meru  terletak di Jalan Meru Tambahan , Meru Klang, Selangor.  Sejauh 2 km dari Pekan Meru dan menghala ke Puncak Alam (sejauh 8 km dari pintu masuk UiTM ).  Sekitar kami terdapat  4 unit homestay jiran yang berdekatan & mampu menampung tetamu yang datang dengan bas.   Amat sesuai untuk anda yang bertujuan: 1. Mencari tempat persinggahan yang lebih mesra kampung. 2. Pendaftaran masuk ke UiTM Puncak Perdana & Puncak Alam 3. Majlis perkahwinan/pertunangan sekitar Meru, Bukit Raja, Jalan Haji Sirat, Jalan Batu Belah, Setia     Alam dan Klang. 4. Melawat anak di UiTM Puncak Perdana & Puncak Alam 5. Urusan perniagaan atau kerja-kerja yang memerlukan tempat persinggahan. 6.  Pulang ke kampung di saat rumah keluarga dalam kesesakan. 7.  Pendaftaran kursus di Institut Kepimpinan IM4U, Jalan Bukit Cherakah. 8. Sukar mendapat tempahan pada Waktu Puncak/Peak Season seperti di Shah Alam pada bulan Mei       dan Jun 9.  Majlis Konvokesyen di U