Skip to main content

PERATURAN & SYARAT MERU HOMESTAY




بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful


1. Penginap untuk sesebuah kediaman Homestay Meru Klang mestilah mempunyai pertalian mahram atau ikatan perkahwinan yang sah. 

2. Sekiranya berkumpulan atau bukan dari sebuah keluarga, hanya GENDER yang sama SAHAJA yang dibenarkan.  Percampuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan.

3. Setelah anda bersetuju menyewa & membuat pembayaran deposit 50% berdasarkan tarikh tempahan, penyewa boleh menginap di Homestay Meru Klang pada tarikh yang dipersetujui bersama tersebut.  Baki bayaran dijelaskan semasa mengambil kunci atau semasa check in. 

4. Tempahan hanya dianggap sah setelah penyewa membayar 50% deposit.  Penyewa lain masih berpeluang menginap pada tarikh yang sama jika disertakan dengan bayaran deposit & tempahan 'mulut' akan terbatal dengan sendiri.

5.  Semua bayaran tempahan tidak akan dikembalikan jika tempahan dibatalkan.  Pemulangan wang  tempahan boleh dipertimbangkan jika pembatalan tersebut dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh tempahan.

6.  *Masa masuk (check in) : 2.00 petang
     *Masa keluar (check out) : 12.00 tengah hari

(Ini bermakna bahawa sewa penginapan Homestay Meru Klang adalah RM150 selama 22 jam atau dalam tempoh masa antara check in & check out)  

7.  RM10 denda kelewatan akan dikenakan pada setiap jam selepas check out.  Jika check out  berlarutan 4 jam atau lebih, maka bayaran sehari tambahan perlu dibayar penyewa.  Kegagalan anda check out pada masa yang ditetapkan, boleh menyebabkan penyewa lain masuk lewat atau tiada tempat menginap.

8.  Resit akan diberikan untuk setiap pembayaran.

9. Jumlah penginap bagi sesebuah unit Homestay Meru yang SELESA untuk dihuni adalah mengikut bilangan kereta iaitu dua(2 buah kereta) biasa.  Had MAKSIMA yang kami benarkan ialah:

 i)   TIGA(3) BUAH KERETA BIASA atau 
ii)   DUA(2) BUAH MPV atau 


 Jika jumlah melebihi dari had yang dibenarkan, penginap perlu menyewa unit tambahan.

10. Bagi rombongan yang datang dengan bas, penginap perlu menyewa sekurang-kurangnya tiga unit homestay.  Untuk lebih selesa, anda dinasihatkan ambil 4 unit homestay.

11. Kami memohon jasa baik penyewa untuk menjaga keadaan rumah dan segala kemudahan peralatan dengan baik.

12. Menjaga adab kejiranan dengan tidak membuat bising atau mengganggu ketenteraman jiran berdekatan.

13. Harta benda penyewa adalah tanggunjawab penyewa sendiri. Homestay Meru Klang tidak  bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda penyewa.

14. Hanya makanan halal dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay.   Binatang peliharaan juga tidak dibenarkan.

15. Penyewa dinasihatkan mematikan suis untuk semua peralatan elektrik yang telah digunakan.

16. Sampah sarap mestilah dibersihkan & dimasukkan ke dalam plastik yang telah disediakan.  Letakkan   di luar pintu untuk dibuang oleh pengurusan homestay.

Comments

Popular posts from this blog

INFO HOMESTAY MERU

Homestay Meru  terletak di Jalan Meru Tambahan , Meru Klang, Selangor.  Sejauh 2 km dari Pekan Meru dan menghala ke Puncak Alam (sejauh 8 km dari pintu masuk UiTM ).  Sekitar kami terdapat  4 unit homestay jiran yang berdekatan & mampu menampung tetamu yang datang dengan bas.   Amat sesuai untuk anda yang bertujuan: 1. Mencari tempat persinggahan yang lebih mesra kampung. 2. Pendaftaran masuk ke UiTM Puncak Perdana & Puncak Alam 3. Majlis perkahwinan/pertunangan sekitar Meru, Bukit Raja, Jalan Haji Sirat, Jalan Batu Belah, Setia     Alam dan Klang. 4. Melawat anak di UiTM Puncak Perdana & Puncak Alam 5. Urusan perniagaan atau kerja-kerja yang memerlukan tempat persinggahan. 6.  Pulang ke kampung di saat rumah keluarga dalam kesesakan. 7.  Pendaftaran kursus di Institut Kepimpinan IM4U, Jalan Bukit Cherakah. 8. Sukar mendapat tempahan pada Waktu Puncak/Peak Season seperti di Shah Alam pada bulan Mei       dan Jun 9.  Majlis Konvokesyen di U